Tuesday, January 22, 2008

PROPOSAL KUMPULAN KURSUS DI GOOGHOPE,JB

1. TAJUK KAJIAN

Mengenal Suku Kata Terbuka Permainan “Pusingan Berhantu”.


2. MATA PELAJARAN

Pemulihan Jawi


3. NAMA PENYELIDIK

1. Janatunaim Bte Abd. Wahab
2. Rosli Yana Bte Hilaluddin
3. Siti Rislah Bte Sabrey

4. NAMA SEKOLAH

1. Sek. Keb. Kelebang Besar
2. Sek. Keb. Kem Gerakhas
3. Sek. Keb. Kg. Gelam


5. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sewaktu seisi pengajaran dan pembelajaran seramai 6 orang murid tidak dapat membaca dan menguasai suku kata terbuka dengan lancar, kebanyakkan dari mereka tidak tahu membaca dan menulis suku kata terbuka contohnya (سا). Murid-murid tidak dapat menyebut suku kata terbuka dengan betul, walaupun mereka telah menguasai huruf-huruf tunggal jawi dengan baik.
Dalam permasalahan ini, kami mencadangkan kaedah permainan “pusingan berhantu “ untuk menarik minat dan mengukuhkan penguasaan murid-murid dalam sebutan dan tulisan jawi.
Secara umumnya, murid-murid tahun 1 lebih cenderung kepada pembelajaran yang berbentuk permainan dan sesuatu aktiviti yang melibatkan pergerakan pancaindera. Justeru itu, pemilihan kaedah ini diyakini dapat merangsang pemikiran dan memupuk semangat murid-murid mencintai tulisan jawi.



6. ISU YANG DIKAJI

 Murid-murid tidak dapat menguasai suku kata terbuka apabila mengeja.
 Murid-murid dapat mengeja tetapi salah di dalam sebutannya.
 Murid-murid tiada keyakinan dengan sukukata yang disebutnya.


7. OBJEKTIF KHUSUS
 Meningkatkan penguasaan membaca tulisan jawi
 Meningkatkan penguasaan menulis jawi

8. OBJEKTIF UMUM
 Supaya murid dapat menyebut suku kata terbuka dengan betul
 Meningkatkan penguasaan suku kata terbuka agar murid dapat membaca dengan baik
 Dapat mengembalikan keyakinan diri untuk mengeja dan membaca


9. KUMPULAN SASARAN
 6 orang murid pemulihan jawi

10. AKTIVITI YANG DICADANGKAN
 Aktiviti Permainan ( Pusingan Berhantu)
i- Cara Perlaksanaan
- Permainan ini akan dimainkan secara individu
- Peraturan permainan :-
 Setiap murid dikehendaki memusingkan roda mengikut giliran
 Murid dikehendaki menyebut suku kata yang berhenti pada jarum roda.
 Murid diminta menyebut sambil melakonkan bunyi sebutan suku kata tersebut.
 Murid yang berjaya menyebut dan melakonkan bunyi sebutan tersebut akan diberi ganjaran berdasarkan ganjaran yang dilekatkan pada setiap ruang roda berkenaan.
 Murid dikehendaki menulis suku kata tersebut di papan tulis yang disediakan dan menyebutnya.
 Murid-murid yang lain dikehendaki mengikut sebutan secara kelas.
 Permainan ini akan diteruskan sehingga waktu P & P tamat.

11. TEMPOH KAJIAN
- Dalam merealisasikan matlamat kajian kami ini, tempoh sasaran kajian selama 2 bulan bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian penguasaan murid-murid dalam tulisan jawi.



KERANGKA KAJIAN TINDAKAN


1. Tajuk Kajian
Kaedah ’THARWAH LUGHAWIYAH’ (Kaedah penambahan perbendaharaan kata )

2. Matapelajaran
Bahasa Arab Komunikasi

3. Nama Penyelidik
3.1 Cik Maria Bt. Abdul Malek
3.2 Cik Nik Noor Syilani Bt. Nik Esmuni

4. Sekolah
4.1 SK Alor Gajah 1, 78000 Alor Gajah , Melaka.
4.2 SK Perempuan Durian Daun, Jalan Durian Daun, 75400 Melaka.

5. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu

Kajian ini dijalankan kerana apabila saya mendapati murid-murid tidak dapat mengingat perkataan yang telah dipelajari. Antara punca masalah ini, mereka tidak mengaplikasikan perbendaharaan kata yang telah dipelajari dalam kelas dan kehidupan seharian. Memandangkan masa yang diperuntukkan untuk matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi terhad iaitu 1 jam seminggu , maka peluang murid untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab amat terhad. Antara lainnya, kaedah dan teknik pengajaran guru yang tidak pelbagai membuatkan minat murid-murid terhadap pembelajaran Bahasa Arab agak berkurang.

6. Isu yang dikaji
6.1 Kurang perbendaharaan kata Bahasa Arab
6.2 Tidak mengaplikasikan perkataan yang dipelajari

7 Objektif Kajian

7.1 Objektif Umum
• Meningkatkan perbendaharaan kata dalam matapelajaran Bahasa Arab

7.2 Objektif Khusus
• Meningkatkan keyakinan murid untuk bertutur dalam Bahasa Arab;
• Membantu murid menggunakan perbendaharaan kata yang dipelajari dengan betul mengikut situasi tertentu;
• Mengaplikasikan perbendaharaan kata Bahasa Arab di sekolah dan di rumah.


8. Kumpulan Sasaran
36 orang murid Tahun 1 Jaya.

9. Aktiviti yang dicadangkan

9.1 Permainan Bahasa : Dam ”lompat si katak lompat”

• Guru membahagikan kelas kepada 6 Kumpulan. Setiap buah dam mewakili setiap kumpulan.
• Wakil dari setiap kumpulan akan tampil untuk menggerakkan buah dam mengikut nombor dadu. Dan apabila sampai di kotak-kotak tertentu, murid dikehendaki menamakan gambar yang dipaparkan sebanyak 3 kali sebutan. Permainan diteruskan sehingga tamat.
• Guru menyediakan satu talian hayat iaitu menerusi telefon dengan mendapatkan bantuan rakan dalam kumpulan masing-masing.
• Bagi murid yang tidak dapat menjawab murid itu akan dikenakan denda dengan mendengarkan sebuah lagu yang telah dipelajari, antaranya lagu madrasati, lagu jismi salim dan sebagainya. Murid itu dikehendaki lompat 2 petak ke belakang.
• Mereka yang berjaya sampai ke petak penamat dan dapat menamakan semua gambar yang dipaparkan dikira sebagai pemenang.





























30 28
27 26
21
22 23 26 25





20 19
18 17



11
12
14


15
10 9
8 7 6
1 2
4


10. Tempoh Kajian
2 Bulan.



KERANGKA PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. TAJUK KAJIAN
Kaedah NOMAD: Cara mudah menguasai lukisan ortografik bagi pelajar tingkatan 2ET1 dalammata pelajaran KH.


2. NAMA PENYELIDIK
Nor Elyasyah binti Ghazali
Rahana binti Mohd Zain
Dzul Badry bin Mamat
Idris bin Mohd Alif

3. NAMA SEKOLAH
SMK Seri Kota,
Jalan Air Leleh, Melaka

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Saya dapati agak sukar menarik minat pelajar dalam topik lukisan ortografik.
• Pelajar kurang didedahkan tentang lukisan ortografik sebelum ini.
• Latihan yang diberi tidak dapat disiapkan oleh pelajar.
• Pelajar bergantung pada guru untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.

4.1 KAEDAH PENGAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN CARA PEMBELAJARAN
Menggunakan ‘Kaedah NOMAD’ dalam pengajaran lukisan ortografik bagi pelajar tingkatan 2ET1.

4.2 PEMBELAJARAN DAN PEMAHAMAN MURID TERHADAP TAJUK ATAU KANDUNGAN PENGAJARAN
Pada peringkat awal topik diajar, walaupun pelajar masih sukar memahami dan tidak dapat menghasilkan lukisan ortografik dengan betul, mereka dapat menghasilkan lukisan bagi setiap pandangan dengan mencantumkan titik-titik yang telah diplot.



5. ISU YANG DIKAJI
Pelajar:
• Tahap pemahaman dalam membuat lukisan ortografik bagi pelajar tingkatan 2ET1 agak rendah.
• Mereka gagal membayangkan pandangan pelan, sisi dan hadapan bagi sesuatu objek yang diberi.

Guru:
• Saya mengajar seperti biasa tetapi saya dapati pelajar tidak dapat memahami apa yang saya sampaikan.
• Setiap kali saya mengajar topik ini, pelajar beranggapan ianya sukar difahami.
• Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar gagal menguasai sepenuhnya.

6. OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan penguasaan pelajar untuk menghasilkan lukisan ortografik dengan betul.

7. OBJEKTIF KHUSUS
• Pelajar dapat menguasai teknik melukis bagi lukisan ortografik menggunakan ‘kaedah NOMAD’
• Pelajar dapat melukis lukisan ortografik dengan betul.

8. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 13 orang pelajar lelaki tingkatan 2ET1 yang terdiri daripada 4 orang pelajar melayu dan 9 orang pelajar cina.

9. AKTIVITI YANG DICADANGKAN
• Menggunakan ‘Kaedah NOMAD’ dalam pengajaran lukisan ortografik bagi pelajar tingkatan 2ET1.
• Melabel setiap bucu bongkah menggunakan gabungan nombor dan huruf.

10. TEMPOH KAJIAN
Tempoh kajian adalah selama 4 minggu.




1. Nama Sekolah : Sekolah Menengah A

2. Nama Pengkaji : Siti Suriani Bte Abd Latif
Siti Nur Azira Bte Che Abd Rahman
Silvia Chai Cin Tze

3. Mata pelajaran : Matematik (Pend Khas)

4. Tajuk Kajian : Keadah Dek Chok : Mengenal Nombor 1-5 bagi
pelajar Sindrom Down Kelas Harapan 5

5. Refleksi :

 Guru meminta seorang pelajar sindrom down mengambil 2 biji bola tetapi pelajar tersebut menyerahkan 4 biji bola kepada guru.

 Guru terfikir sama ada pelajar tersebut hanya bergurau dengan guru atau pelajar tersebut tidak tahu mengira kerana telah mengambil 4 biji bola sedangkan arahan guru hanya meminta 2 biji bola.

5.1 Kaedah Pengajaran dan hubungannya dengan cara pembelajaran

 Guru meminta pelajar sindrom down itu mengira jumlah bola yang dibawanya pada masa itu juga (on the spot).

 Guru meminta pelajar sindrom down menulis nombor 1.

 Guru menulis nombor 1-3 di atas sekeping kertas dan meminta pelajar menyebut nombor tersebut.


5.2 Pembelajaran dan pemahaman murid terhadap tajuk/kandungan pengajaran.

 Pelajar mengambil sebiji bola dan menyebut satu, pelajar tidak dapat membilang bola yang seterusnya.

 Pelajar tidak dapat menulis nombor 1.

 Pelajar tidak dapat mengenal nombor 1-3 yang ditulis oleh guru.









6. Isu yang dikaji / Fokus Kajian

Pelajar sindrom tidak dapat mengenal nombor 1- 5. Jika mereka tidak mengenal nombor ia akan mempegaruhi rutin harian mereka.


7. Objektif Umum

• Pelajar sindrom down dapat mengenal nombor 1-5

8. Objektif Khusus

• Pelajar sindrom down dapat menulis nombor 1-5.
• Pelajar sindrom down dapat mengira nombor 1-5.


9. Kumpulan Sasaran

Pelajar sindrom down , 2 orang pelajar sindrom down lelaki.

Kriteria pelajar A : 17 tahun, Hyperaktif, suka bercakap, suka hisap ibu jari
Kriteria pelajar B : 14 tahun, Sensitif, suka pujian.























10. Aktiviti yang dicadangkan

Kaedah Dek Chok yang digunakan dapat membantu pelajar sindrom down mengenal nombor 1-5 dalam pesekitaran pembelajaran yang seronok. Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu mendemonstrasikan kaedah permainan Dek Chok ini kepada pelajar sindrom down dahulu.

a. Guru menyediakan 2 set hamparan nombor 1-5.









































b. Hamparan ini mengandungi 9 petak ; lima petak bernombor 1- 5, satu petak permulaan dan tiga petak R&R.

c. Di Petak R&R pelajar dikehendaki melakukan aktiviti yang terdiri daripada nyayian, bunyi haiwan dan mimik muka.

d. Untuk memulakan permainan ini, pelajar dikehendaki berdiri di petak permulaan masing-masing.

e. Guru akan memberikan arahan iaitu guru akan menyebut salah satu nombor yang terdapat pada Dek Chok dan pelajar dikehendaki melompat ke petak nombor yang disebutkan oleh guru.

f. Aktiviti di atas petak bernombor ini bergantung kepada kreativiti guru.

Contohnya :
1. Pelajar dikehendaki untuk menepuk tangan sebanyak 3 kali .
2. Pelajar dikehendaki untuk menulis nombor di awangan.




g. Jika pelajar tersebut berjaya mengikut arahan guru dengan betul, mereka akan diberi ganjaran untuk ke petak R&R (relax & refresh). Mereka dikehendaki melakukan aktiviti berikut :

- Untuk petak R&R nyanyian : Pelajar dikehendaki menyanyi lagu mengikut VCD yang dimainkan. (lagu mestilah berkaitan dengan nombor)

- Untuk petak R&R bunyi Haiwan : Pelajar dikehendaki untuk membunyikan bunyi haiwan yang disebut oleh guru.
Contoh : pelajar dikehendaki membuat bunyi kambing sebanyak 4 kali.

-Untuk petak R&R mimik muka : pelajar dikehendaki membuat mimik muka seperti yang disebut oleh guru.

h. Selepas di petak R&R, guru boleh menggulangi langkah dari e-g.
i. Masa yang diperuntukkan adalah sepeti berikut :
1. Demonstrasi guru - 5 minit
2. Aktiviti Dek Chok - 30 minit.

j. Kaedah Dek Chok ini perlu dilakukan setiap hari untuk menguatkan ingatan pelajar down sindrom ini serta aktiviti yang di lakukan hendak dipelbagaikan untuk mengelakkan pelajar berasa jemu.

Catatan :
I. Seorang pelajar diberikan satu hamparan
II. Permainan diiringi oleh muzik latar .
III. Permainan ini boleh diubah suai mengikut kreativiti guru dan kebolehan pelajar.
IV. Borang penilaian semasa menjalankan kaedah dek chok ini diisi untuk mengesan pe



1) Tajuk Kajian
Membentuk Isim Maf‘ul ( اسم مفعول ) Daripada Fi‘Il ( فعل ) Tiga Huruf Bagi Pelajar Tingkatan 4IT Dengan Menggunakan Kaedah Kotak Pelangi.

2) Matapelajaran
Bahasa Arab Tinggi

3) Nama Penyelidik
• Ustaz Fakrughazi Bin Abd Ghani
• Ustazah Aida Mastura Binti Kassim

4) Nama Sekolah
• SMKA SHARIFAH RODZIAH
• SMKA SULTAN MUHAMMAD

5) Refleksi Pengajaran & Pembelajaran
5.1) Kaedah Pengajaran dan hubungannya dengan cara pembelajaran.
Kaedah Kotak Pelangi digunakan untuk memudahkan pelajar membentuk
isim maf ‘ul ( اسم مفعول ) daripada sesuatu fi ‘il ( فعل ).

5.2) Pembelajaran dan pemahaman pelajar terhadap tajuk/kandungan pengajaran.
Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar dapat membentuk isim maf ‘ul ( اسم مفعول ) dengan lebih cepat dan tepat.

6) Isu yang dikaji
Pelajar tidak dapat menguasai topik isim maf ‘ul ( اسم مفعول )secara menyeluruh, tidak dapat kenal dan tidak boleh membentuk isim maf ‘ul( اسم مفعول ) dengan baik.
7) Objektif Kajian
7.1) Objektif Umum
Pelajar dapat menguasai topik isim maf ‘ul( اسم مفعول ) dengan baik dan menyeluruh.
7.2) Objektif Khusus
• Pelajar dapat membentuk isim maf ‘ul( اسم مفعول ) dengan baik.
• Pelajar dapat menjawab soalan – soalan yang berkaitan dengan kata nama terbitan.

• Pelajar lebih mudah memahami sesuatu ayat atau teks.

8) Kumpulan sasaran
Kajian ini melibatkan Tingkatan 4 IT yang terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki.

9) Aktiviti yang dicadangkan.
Kaedah Kotak Pelangi ialah satu kaedah yang mengunakan sebuah jadual yang mempunyai 7 lajur. Setiap satu lajur mewakili satu warna pelangi. Lajur 1 mengandungi fi ‘il ( فعل ) tertentu. Lajur 2 mangandungi huruf م dan lajur 5 mengandungi huruf و yang kekal dan tidak boleh
diubah. Lajur 3, 4, 6 dan 7 akan diisi oleh pelajar berdasarkan panduan yang diberi oleh guru. Contohnya guru memberi satu fi ‘il( فعل ) atau kata kerja iaitu فتح . Perkataan فتح diisi dalam lajur 1. seterusnya lajur 3,4 dan 6 adalah pecahan daripada perkataan tersebut, iaitu
huruf ف dalam lajur 3, huruf ت dalam lajur 4 dan huruf ح dalam lajur 6. Manakala lajur 7 adalah sambungan daripada lajur 2, 3, 4, 5 dan 6. Maka, isim maf ‘ul( اسم مفعول ) bagi fi ‘il فتح adalah مفتوح . Aktiviti diteruskan dengan menggunakan perkataan lain yang diberi oleh guru dan seterusnya guru meminta pelajar mencari perkataan sendiri dan membentuk isim maf‘ul ( اسم مفعول ) daripada perkataan tersebut. Dengan mengulangi aktiviti ini, pelajar akan mahir membentuk isim maf ‘ul( اسم مفعول ) dan seterusnya mengenal bentuk isim maf ‘ul ( اسم مفعول ) bagi fi ‘il( فعل ) tiga huruf.

فعل : + + + + = اسم مفعول

7 6 5 4 3 2 1
و م
مفتوح ح و ت ف م فتح
مأكول ل و ك أ م أكل

10) Tempoh Kajian
Kajian ini akan dijalankan selama 4 minggu.




1. Tajuk Kajian

Meningkatkan Kemahiran Mempermudahkan Masalah Algebra Bagi Pelajar Tingkatan 1 F Dengan Menggunakan Kaedah “Pick And Match”.

2. Nama Penyelidik

2.1 Mat Nazir bin Musa @ Md Salleh
2.2 Ong Siew Siew
2.3 Rushaniah bt Abdul Halim
2.4 Yeow Hon Chong

3. Nama Sekolah
SMK Skudai Jaya
No 23 Jalan Maju
77000 Skudai
Johor Darul Takzim

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sepanjang pengalaman mengajar di Tingkatan 1F, saya mendapati terdapat seramai 10 orang pelajar daripada 35 orang pelajar menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah matematik. Mereka sering tidak dapat melengkapkan kerja rumah yang telah diberi serta tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar-pelajar ini juga hanya memperolehi markah kurang daripada 20 markah dalam ujian 1 bagi mata pelajaran matematik.

Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada 5 lima pelajar perempuan dan 5 pelajar lelaki. Saya mendapati pelajar-pelajar ini tidak mempunyai asas yang kukuh dalam matematik. Kesemua mereka hanya mampu memperolehi gred D dalam Peperiksaan UPSR.

Sebagai guru baru, saya banyak menggunakan kaedah “Chalk and Talk”. Saya mendapati kumpulan pelajar ini tidak menunjukkan minat terhadap pengajaran saya. Mereka sering terpinga-pinga dan keliru apabila saya mengemukakan soalan kepada mereka. Saya sering bertanya kepada diri sendiri adakah pengajaran saya tidak berkesan dan tidak dapat menarik perhatian kumpulan pelajar ini. Saya rasa saya perlu membuat sesuatu untuk meningkatkan pretasi pelajar serta mutu pengajaran saya.


5. Fokus Kajian

Di antara kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh kumpulan pelajar ini, saya ingin memfokuskan kepada kemahiran mempermudahkan masalah algebra. Saya memilih tajuk ini kerana ia merupakan asas kepada penyelesaian algebra yang perlu dipelajari sehingga ke tingkatan 5.

Kesilapan umum yang sering dilakukan oleh kumpulan pelajar ini ialah:
• Tidak dapat membezakan sebutan sama dan sebutan tidak sama.
• Keliru bila terdapat lebih daripada satu simbol operasi bagi sebutan

Dengan membantu kumpulan pelajar ini, saya berharap kumpulan pelajar ini dapat menyelesaikan masalah algebra dan pada masa yang sama menarik minat mereka terhadap matematik. Selain itu, saya berharap saya dapat meningkatkan mutu pengajaran melalui kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.


6. Objektif Kajian

Selepas kajian selesai dijalankan, pelajar-pelajar adalah diharap dapat mencapai objektif-objektif berikut:

i. Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran kumpulan pelajar ini untuk mempermudahkan masalah algebra tingkatan satu.

ii. Objektif Khusus

• Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengklasifikasikan sebutan-sebutan algebra.
• Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mempermudahkan sebutan algebra yang mengandungi lebih daripada satu simbol operasi.
• Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mempermudahkan masalah algebra yang mengabungkan satu sebutan algebra dan integer.


7. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 10 pelajar dari tingkatan 1F yang terdiri daripada 5 pelajar perempuan dan 5 pelajar lelaki.


8. Tindakan Yang Dicadangkan

i. Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dilakukan melalui:
• Ujian pra sebelum aktiviti “Pick and Match”
• Ujian pasca selepas aktiviti “Pick and Match”
• Pemerhatian semasa sesi penyelesaian masalah di hadapan kelas serta penilaian terhadap kerja rumah yang telah diberikan

ii. Pelaksanan Program “Pick and Match”
a) Guru meminta pelajar menjawab soalan ujian pra sebelum aktiviti “Pick and Match”

b) Dalam aktiviti “Pick and Match”, guru memberikan setiap pelajar satu set gambar yang mengandungi buah oren dan epal. Pelajar diminta memadankan gambar mengikut jenis buah yang sama. Kemudian menjumlahkan bilangan buah oren dan juga buah epal

9 oren + 2 epal - 5 oren + 2 epal + 1 oren = 5 oren + 4 epal

c) Guru menerangkan buah oren adalah tidak sama dengan buah epal. Oleh itu, buah oren dan buah epal tidak boleh dikelaskan bersama. Guru menghubungkaitkan buah oren dan epal dengan sebutan algebra.

Jika oren ialah x dan epal adalah integer, maka

5 oren + 4 epal = 5x + 4

d) Guru memberikan satu masalah algebra dan meminta pelajar menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan kad-kad kecil yang disediakan. Pelajar diminta menulis hanya satu sebutan sahaja pada setiap satu kad kecil. Simbol dihadapan sebutan hendaklah ditulis bersama-sama dengan sebutan.

3x – 2 –x + 5 =


e) Pelajar diminta menyusun semula kad-kad kecil ini supaya sebutan yang sama dikumpulkan bersama.




f) Pelajar diminta menjumlahkan sebutan-sebutan yang sama

= 2x + 3


g) Guru menerangkan hasil darab dua simbol operasi , iaitu
(-) x (+) = -
(+) x (-) = -
(-) x (-) = +
(+) x (+) = +

h) Pelajar didedahkan dengan masalah algebra yang lebih kompleks, iaitu mengandungi lebih daripada satu simbol operasi bagi satu sebutan algebra.

4x – (-2) + x -2

i) Pelajar diminta menyelesaikan hasil darab simbol operasi sebelum memadankan sebutan dengan menggunakan kad-kad kecil.

j) Selepas aktiviti “Pick and Match”, pelajar diminta menjawab soalan pasca untuk menilai kemahiran mereka.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. 5 Mac 2007
2. Menulis Proposal Kajian 7 Mac 2007
3. Merancang tindakan 9 Mac 2007
4. Melaksanakan tindakan 15 Mac 2007
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan. 1 April 2007
6. Refleksi kajian 5 April 2007
7. Menulis laporan kajian 10 April 2007
8. Pembentangan dapatan kajian 10 Mei 2007


10. Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga seunit Jumlah Kos
1. Printer Cartridge 1 x RM 65 RM 65.00
2. Kad Manila 10 x RM 0.60 RM 6.00
3. Pen Marker 10 x RM 2 RM 20.00
4. Buku catatan guru 1 x RM 3 RM 3.00
Jumlah RM 94.00


















Ujian Pra/ Praca

Algebra Tingkatan 1


1. X + 5 – 2X + 8 =


2. –X – 6 + X -6 =


3. 2X – 1 + X – 2 =


4. 5X + 5 – 4X – 1 =


5. X + 10 – X – 10 =


6. X – 5 – 5X – 4 =


7. -5X – 8 – 6X – 1 =


8. -2X + 7 – X – 6 =


9. –X – 1 – 2X + 2 =


10. 6X – 5 + 4X -9 =




KERANGKA PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk kajian:

Mengecam huruf ‘b’ dan ‘d’ dengan menggunakan two thumbs up bagi pelajar prasekolah

2. Bahasa dan Komunikasi

3. Jamieah binti Ameer Batcha

4. Sekolah Kebangsaan Cheng
Jalan Tampoi
45450 Melaka

5. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu

Sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran perkembangan Bahasa Melayu, saya dapati seramai 10 orang murid prasekolah masih tidak dapat mengeja suku kata mudah seperti batu, dada dengan baik.

Setelah pemerhatian dilakukan, saya dapati masalah ini berpunca dari kegagalan murid tersebut untuk mengecam antara huruf ‘b’ dan ‘d’.

6. Isu yang dikaji
- Kekeliruan dalam mengenalpasti huruf ”b” dan ”d”.

7. Objektif kajian
Objektif Umum
- meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengecam huruf agar dapat mengeja dengan baik.

Objektif khusus
- Mempercepatkan murid mengenalpasti perbezaan huruf ”b” dan ”d”.
- Membantu murid menguasai kemahiran menulis huruf ”b” dan ”d”.

8. Kumpulan sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang murid pra sekolah yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan.

9. Aktiviti yang dicadangkan

(Cara pelaksanaan menggunakan teknik two thumps up).

-guru menunjukkan gaya two thumbs up pada pelajar dan di sebelah tangan kiri dengan huruf ‘b’ manakala di sebelah kanan dengan huruf ‘d’. Guru menegaskan tangan kanan adalah tangan makan untuk huruf ‘d’.

-murid mengenal huruf ‘b’ dan ‘d’ melalui perkataan yang diberikan.

-guru memberikan lembaran kerja yang mengandungi huruf ‘b’ dan ‘d’ dan meminta murid mewarnakan huruf ‘b’ dan ‘d’ dengan warna yang ditentukan.

Permainan boling
-huruf ‘b’ dan ‘d’ dilekatkan di pin-pin boling.
-murid membaling pin-pin boling dan menyebut huruf-huruf berdasarkan pin-pin boling yang jatuh.

10. Tempoh Kajian
Dua (2) minggu




PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1.TAJUK KAJIAN

JOM SEKOLAH: “ CARA MENGATASI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 3 KAWALAN 4”


2. MATA PELAJARAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


3. NAMA PENYELIDIK

• SUHANA MOHD ISA
• MAIMUNAH ABDULLAH
• MUNIRA MOHAMED DUM


4. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

SEK MEN KEB TINGGI PEREMPUAN MELAKA
LORONG TUN FATIMAH
JALAN DURIAN DAUN
75400 MELAKA


5. REFLEKSI

• Data diambil dari jadual kedatangan
• Temu bual guru kelas dan guru mata pelajaran
• Temu bual pelajar yang datang ke sekolah dan pelajar yang ponteng kelas


6. ISU YANG DIKAJI

• Pelajar- sikap, tiada matlamat, tiada motivasi
• Ibu bapa – tidak mengambil berat, sibuk bekerja, kurang memberi motivasi
• Guru- berleter, tidak masuk kelas,
• Persekitaran- bilik darjah tidak kondusif dan pengaruh rakan sebaya.





7. i) OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan kedatangan pelajar bagi setiap waktu p&p


ii) OBJEKTIF KHUSUS

1. Memupuk minat pelajar lebih rajin menghadiri kelas
2. Meningkatkan motivasi diri pelajar
3. Mengurangkan masalah disiplin pelajar



8. KUMPULAN SASARAN

25 Orang pelajar perempuan. Terdiri daripada pelajar Melayu 24 orang dan seorang pelajar Cina. Majoriti pelajar kelas ini memiliki pencapaian akademik yang rendah dan mempunyai masalah disiplin.


9. AKTIVITI YANG DICADANGKAN

• Bimbingan Kelompok – diadakan sblm, semasa @ slps waktu persekolahan (dengan persetujuan pentadbir)

• Dibahagikan kpd 5 kumpulan (seminggu sekali perjumpaan – jika tiada perubahan perjumpaan akan diadakan lebih kerap)

• Antara aktiviti yg dicadangkan :

1. “Tak Kenal Maka Tak Tahu” dan Soal Selidik (Pra)
2. Ujian Sikap (Kenali Diri) – Inventori Personaliti.
3. Graf Matlamat Diri
4. Membina Sikap Asertif /Jati Diri
5. Soal Selidik (Pasca)

• “Anugerah Sensasi” ( penghargaan) – “sijil kedatangan penuh” (akhir tahun) atau sistem point ( setiap bulan)
- Pemerhatian
- Temubual
- Data Kedatangan


10. TEMPOH KAJIAN

• 2 Bulan




PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. TAJUK KAJIAN:
TV_PiXAR : Mengatasai masalah pelajar 4 KFL yang datang lewat ke makmal
Sains

2. SUBJEK : Sains

3. PENYELIDIK : Nurhidayati bt Mohammad, Mohd Adnan b. Kaus

4. SEKOLAH : SM Teknik Melaka Tengah, Bukit Katil

5. REFLEKSI P&P YANG LALU:
- Para pelajar sering datang lewat ke makmal Sains. Contoh: kelas sepatutnya bermula pukul 11.20 pagi tetapi hanya tiba jam 11.45 pagi.
- P&P yang dirancangkan pada hari tersebut tidak dapat dilaksanakan.
- Saya guru baru – pelajar lelaki tidak ambil kisah

6. ISU KEPRIHATINAN YANG DIKAJI:
- Kelewatan pelajar tiba di makmal pada masa yang ditetapkan menyebabkan aktiviti P&P yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
- Mengganggu tumpuan pelajar yang telah memulakan sesi pembelajaran.
- Pengkaji perlu mengulang semula P&P (pembaziran masa).
- Ini akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Jadi bagaimana pelajar hendak dapat markah yang tinggi ?
- GNP sekolah yang baik tidak dapat dicapai.

7. OBJEKTIF :
7.1 Umum – meningkatkan motivasi pelajar 4 KFL terhadap subjek Sains
7.2 Khusus- meningkatkan bilangan pelajar yang tiba tepat pada waktunya ke makmal Sains.
- memastikan P&P yang dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya
- memupuk minat pelajar terhadap subjek Sains

8. KUMPULAN SASARAN:
- Pelajar tingkatan 4 KFL (kimpalan dan fabrikasi logam) seramai 38 orang yang kesemuanya lelaki berbangsa Melayu.
- Kelas ini merupakan pelajar aliran vokasional dan terletak di ranking terakhir.
- Kebanyakan pelajar mendapat keputusan Sains dan BI gred ‘D’ dalam PMR

9. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
a. Mencatatkan kehadiran pelajar
b. Buat analisis- tiba pada masa, lewat (< 10minit, >10minit)
c. Tinjauan masalah
-soal selidik & temubual dengan pelajar serta guru yang mengajar kelas tersebut (termasuk guru tingkatan).
- pemerhatian terhadap tingkah laku dan sikap pelajar sewaktu datang ke makmal. Contoh : jalan cepat/jalan lambat/berbual-bual
d. Menasihati pelajar
e. Catatkan kehadiran pelajar
f. Analisis data
g. TV_Pixar
- tayangan video Pixar pada awal P&P sahaja
- tiada siaran ulangan
h. Catatkan kehadiran
i. Analisis data
j. Edarkan soal selidik / temubual pelajar utk mengetahui keberkesanan program
k. Keputusan

10. TEMPOH KAJIAN
- 2 bulan

Senarai JU

SENARAI NAMA JU KAJIAN TINDAKAN 2007 / 2008
BIL NAMA SEKOLAH NO.HP EMAIL JURUSAN
1 Rosinah bt. Jantan JPNM 017-6731141 sinamed@yahoo.com
Ketua Unit
2. Azeran bin Osman JPNM 012-6158262 ran_jpm@yahoo.com.my
Penyelaras
3. Mohamad bin Mohd.Idris PPD Alor Gajah 012-6340227
Penyelaras AG
4 Wahid Rakob PPD Melaka Tengah 019-6572635 wahidjfw.yahoo
Penyelaras MT
5 Noora bt. Abu Bakar PPD Jasin 019-3311424 noora@ppdjasin.edu.my
Penyelaras Jasin
6 Md.Din bin Azam SMK Jasin 017-3297237
Biologi
7 Mohd Isha bin Bakar SK Masjid Tanah 013-6101197
Bahasa Melayu
8 Lila Kassim SMKA Sharifah Rodziah 013-6130225
Bahasa Inggeris
9 Sabiah Ninggal SMK Durian Tunggal 016-6469896
Sains
10 Salwati bt. Othman SMK Seri Mahkota 019-3606734
Kimia
11 Roshaya Mohd Sohor SMK Tinggi Melaka 016-6872043
Sejarah
12 Terressa Darren SJKT Paya Rumput 013-3028998
Sains
13 Ang An Ni SK ( P ) Durian Daun 013-2643677 Anganni27@yahoo.com
Matematik
14 Mohd Elias Zaidy bin Mohd Yusof SK Serkam Darat 013-6131393 nm_aqilah.yahoo
Pend.Islam

Keputusan penuh

SENARAI LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2007

SEKOLAH: Menengah
BIL NAMA SEKOLAH TAJUK SUBJEK MARKAH
4
Norliyen bt. Ahmad

SM Sains Muzaffar Syah
Kaifiyat Ibadah
Pend.Islam
31
3
Rahimah Abd.Latif

SMK Ayer Molek
Teknik C - Cut
Fizik
38
2
Salwati bt. Othman

SMK Seri Mahkota
Mole Table
Kimia
49

Zaiton Che Me

SMK Seri Bemban
Blok 3 Serangkai Pithogores
Matematik
TL

Surayati bt Zainal

SMK Seri Bemban
Match and Draw
Matematik
TL



SENARAI LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2007

SEKOLAH: Rendah

BIL NAMA SEKOLAH TAJUK SUBJEK MARKAH
2 Puvana a/p Subramaniam

SK Ganun
Meningkatkan Penguasaan Sifir
Matematik
46
1 Hjh.Faizah Abu Bakar
Shafariza Mahyuddin
Azmah Eliyas
SK Bachang
BI Teknik IOV
BI
48
4
Panitia Matematik

SK Datuk Bendahara
Kemahiran Membahagi
Matematik
32
3
Panitia BM

SK Selandar
Kata sendi ’ di ’
BM
47
5
Panitia Sains

SJKC Merlimau
Force and Energy
Sains
33
6.
Maryam Zainal Abidin
SK Tmn Bkt Rambai
Jelajah Dunia Segitiga Bermuda
Matematik
31

Keputusan 2007

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERSEMBAHAN PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2007



SEKOLAH RENDAH

Kedudukan Nama Peserta Sekolah Tajuk Catatan

1
PANITIA BAHASA INGGERIS
SK BACHANG
BI TEKNIK IOV
Johan

2
PUVANA A/L SUBRAMANIAM
SK GANUN
MENINGKATKAN PENGUASAAN SIFIR Niab

3
PANITIA BAHASA MELAYU
SK SELANDAR
KATA SENDI ”DI” Ketiga



SEKOLAH MENENGAH

Kedudukan Nama Peserta Sekolah Tajuk Catatan

1
SALBIAH BT. NINGGAL
SMK DURIAN TUNGGAL
BORANG PANTAU Johan

2
SALWATI BT.OTHMAN
SMK
SERI MAHKOTA
MOLE TABLE Naib

3
RAHIMAH BT. ABD. LATIF
SMK AYER MOLEK
TEKNIK C-CUT Ketiga

Monday, January 21, 2008

Pertandingan Persembahan Kajian Tindakan Melaka 2007

MAJLIS PERTANDINGAN PERSEMBAHAN PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2007

1.0. PENGENALAN
Kajian Tindakan merupakan suatu program Pembudayaan Penyelidikan masyarakat untuk sesuatu isu yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada kelompok komuniti.
Pada tahun ini, JPN Melaka merancang mengadakan Pertandingan Pelaporan Kajian Tindakan bagi mengiktiraf kebolehan serta keupayaan warga pendidik membuat kajian berkaitan kes-kes yang berlaku di sekitar dan berkisar hal-hal Pengajaran dan Pembelajaran.

2.0. RASIONAL
Persembahan pelaporan kajian tindakan ini diharapkan segala ilmu yang dikaji dapat dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain.

3.0. OBJEKTIF
Program ini dijalankan bagi:
3.1. Mengiktiraf keupayaan dan kematangan warga pendidik membuat kajian isu-isu berkaitan persekitaran pembelajaran.
3.2. Menerapkan budaya kajian di kalangan guru melalui panitia.
3.3. Menggalakkan guru-guru berkongsi pengalaman dan ilmu untuk mengatasi sesuatu isu.
3.4. Mempamerkan kreativiti dan kebolehan guru-guru menangani sesuatu masalah dalam bidang akademik/kurikulum dan pengurusan supaya dapat dikongsikan bersama sekolah-sekolah lain.

4.0. JADUAL PENGELOLAAN:
4.1. Tarikh : 29 Ogos 2007
4.2. Tempat : Auditorium Al-Azim
4.3. Masa : 8.00 pagi – 2.00 ptg
4.4. Perasmi : Y.Bahagia Tuan Pengarah Pelajaran Melaka

5.0. JAWATANKUASA INDUK:
Penasihat : Tn.Haji Isa bin Haji Abu
Pengarah Pelajaran Melaka

Tn.Hj.Mazlan bin Md.Amin
Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka

Pengerusi : Tn.Hj.Rosti bin Mistam
KS Pengurusan Akademik

Setiausaha : Puan Hjh. Rosinah binti Jantan
Pen.Pengarah Projek Khas

Pen. Setiausaha: En.Azeran bin Osman
Pen.Pengarah Projek Khas

Bendahari : En.Mohd Yunus bin Daiman
Pegawai Eksekutif Kanan

Ahli Jawatankuasa:
1. En.Zainal bin Aman - KS Pengurusan Sekolah
2. Tuan Hj. Ab.Rasid bin Budin - KS Peng.Pembangunan Kemanusiaan
3. Tn.Hj.Abd.Razak bin Abd.Rahman - KS Pendidikan Swasta / Khas
4. Pn.Rohana bt. Mahmood - KS Penilaian dan Peperiksaan
5. Tn.Hj.Ismail bin Mohmd - KS Pendidikan Islam dan Moral
6. Cik Hjh.Juliah bt. Leman - Ketua Unit Jaminan Kualiti
7. Pn.Siti Nuriah@Zanariah Omar - Ketua Unit ICT / Maklumat
8. Tn.Hj.Asha’ari bin Johari - Ketua Unit Kaunseling & Keutuhan
9. En.Yusof Ahmad - Pegawai PPD Melaka Tengah
10. Tn. Hj. Rahman bin Majid - Pegawai PPD Jasin
11. Tn.Hj.Kassim Mohamad - Pegawai PPD Alor Gajah
12. Tn. Hj. Mohd. Nor bin Hj. Abu - KPP PSPN Melaka
13. En. Ahmad Kamal b. Ramtan - Pen.Pengarah Sains & Matematik
14. Pn. Noorainun Bte Anuar - Pen.Pengarah Bahasa
15. Tn.Hj.Abu Bakar Hj.Ahmad - Pen.Pengarah Peperiksaan & Penilaian
16. Tn. Hj. Abd. Ghani bin Hj. Hamid - Pen.Pengarah Teknik & Vokasional
17. En.Dahrom bin Hashim - Pen.Pengarah Pendidikan Islam
18. En. Awaluddin bin Joned - Pen.Pengarah Sains Sosial
19. Tn. Hj. Mujamal bin Baba - Pen.Pengarah ICT
20. En.Zaharin Datuk Hj.Long - Pen.Pengarah Projek Khas
21. En.Md.Din bin Kadir - Penyelia Projek Khas


6.0. JAWATAN KUASA KERJA:
6.1. Urus setia - Unit Projek Khas
6.1.1. Menubuhkan Jawatankuasa.
6.1.2. Menguruskan surat-menyurat (panggilan mesyuarat)
6.1.3. Menguruskan pelantikan hakim
6.1.4. Menguruskan brosur
6.1.5. Menguruskan surat-surat jemputan.
6.1.6. Menyediakan Hadiah dan Cenderamata.
6.1.7. Teknikal penghakiman dan borang
6.1.8. Penyediaan tempat
6.1.9. Menyelaraskan semua tugas J/K.

6.2. Pendaftaran - Unit Sains Matematik
6.2.1. Menubuhkan Jawatankuasa Kecil.
6.2.2. Merekod kehadiran tetamu.
6.2.3. Mengedarkan brosur
6.2.4. Merekodkan kehadiran peserta yang bertanding
6.2.5. Menentukan dan melebelkan tempat peserta

6.3. Hadiah dan Sijil - Unit Sains Sosial
b) Bidang Tugas:
6.3.1 Menubuhkan Jawatankuasa Kecil.
6.3.2 Menyediakan sijil-sijil untuk peserta dan JU
6.3.3 Menguruskan pemberian hadiah / cenderamata dan sijil
6.3.4 Hal-hal lain yang berkaitan.

6.4. Bacaan Doa - Unit Pendidikan Islam
6.4.1 Menubuhkan Jawatankuasa kecil.
6.4.2 Menyediakan teks bacaan doa.
6.4.3 Hal-hal lain yang berkaitan.

6.5. Jamuan - Unit Teknik dan Vokasional
6.5.1 Menubuhkan Jawatankuasa Kecil.
6.5.2 Menguruskan jamuan VIP dan tetamu
6.5.3 Menguruskan pembekal makanan – MAIM Bentara
6.5.4 Menguruskan menu jamuan (petugas/VIP/jemputan).
6.5.5 Menyediakan air mineral untuk VVIP di dewan.
6.5.6 Hal-hal lain yang berkaitan.

6.6 Dokumentasi dan Teknikal - Unit ICT
6.6.1 Menubuhkan Jawatankuasa Kecil.
6.6.2 Menguruskan gambar pegun dan rakaman video.
6.6.3 Menyediakan LCD dan Notebook untuk peserta
6.6.4 Hal-hal lain yang berkaitan.

6.7 Teks Ucapan / Kata Aluan - Unit Bahasa
6.7.1 Menubuhkan Jawatankuasa Kecil.
6.7.2 Menyediakan teks ucapan dan Kata Aluan Tuan Pengarah
6.7.3 Hal-hal lain yang berkaitan.


Aturcara:
8.00 pg - Pendaftaran
8.30 pg - Pertandingan sesi Kategori 1
10.00 pg - Rehat
10.30 pg - Pertandingan sesi Kategori 2
11.30 pg - Majlis Penutupan Rasmi
- Ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Melaka
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Ketua Sektor Pengurusan Akademik
- Ucapan Perasmian Tuan Pengarah Pelajaran Melaka
- Penyampaian Watikah Pelantikan JU Kajian Tindakan
- Penyampaian Hadiah
- Penyampaian Cenderamata
- Jamuan
1.30 ptg - Bersurai


SENARAI PANEL HAKIM
PERTANDINGAN PERSEMBAHAN PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA.

1.CIK HANIZA BT. MAHMOOD ( KETUA ) – BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR ( EPRD ) ,KEMENTERIAN .PELAJARAN MALAYSIA

2.PN.DR.BAIDURIAH BT. YAAKUB - KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

3.EN.SENIN BIN KHAMIS - INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU, MELAKA.

4.EN.MOHD HAFIZ BIN PAIJO - BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, MELAKA

5.EN.KOH LIAN SWEE - WAKIL JABATAN PELAJARAN MELAKA